“SAHABAT, KU INGIN MASUK SYURGA BERSAMAMU

(DOA ROBITAH)

“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang-orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkanlh kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkanlah (piala) hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika Engkau mentakdirkn mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Aamiin”

Ukhuwah

 

‘Bersaudara kerana Allah…’

Persaudaraan di sini bermaksud kita mempertautkan hati dan roh insaniah dengan ikatan akidah. Ikatan akidah ini merupakan ikatan yang paling kukuh dan berharga.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.”  (Al-Hujurat:10)

Ukhuwwah dalam islam merupakan jalinan akidah yang mempertautkan umat Islam antara satu sama lain. Ia merupakan ikatan rabbani yang mengikat antara hati mereka dan merupakan jalinan sebuah persaudaraan yang erat untuk taqarrub kepada Allah.

Di situ telah jelas niat dan asbab utama kita berhubung, bersahabat dan berteman dengannya, hanya semata kerana Allah…

Dengan ikatan rohiah ini juga, maka persaudaraan antara orang-orang mukmin sentiasa kukuh dan teguh dalam bersatu serta berjuang dalam menegakkan deen-Nya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Orang mukmin terhadap orang mukmin umpama satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.”

ina2

 

Kerana Inginkan Ridho -NYA

Kalau kita menyoal lagi, KENAPA harus kerana Allah??

Hanya ada satu sebab. Apabila dengan kita bersahabat kerana-NYA, maka seikhlas hati dan sepenuh jiwa kita sandarkan kerana inginkan Ridho Allah. 

Kita tidak akan berpura-pura, berlakon, mahupun mementingkan diri sendiri dalam bersahabat dengannya kerana matlamat telah jelas hanya kerana ILAHI bukan semata-mata kerana kepentingan duniawi…

Jika bukan berpaksikan kerana Ilahi, maka penulis berani memberi jaminan tidak mungkin akan kekal lama hubungan tersebut malah akan menjadi hambar, pudar dan musnah jua akhirnya.

Lihatlah contoh. Jika bersahabat kerana harta, bila harta itu habis maka diangkat kaki meninggalkan kawannya. Jika bersahabat kerana kepandaiannya semata-mata, maka kita akan mempersalahkannya bila dia buntu tiada jawapan.

Jika berteman kerana kemasyhurannya, maka kita akan berpaling ke belakang dan mencemuhnya bila dia hilang popularitinya. Begitulah andai semuanya kerana kebendaan dunia semata-mata, persahabatan itu tidak mungkin akan bertahan lama.

Persahabatan yang diwarnai dengan warna-warna keikhlasan dan kejujuran adalah persahabatan yang sangat suci perhubungannya.Tiada kepentingan diri dan tiada di dalam hati untuk mengaut kepentingan diri atau apa-apa yang bersifat duniawi.

Sebagaimana Umar Al-Khattab ada berkata:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah” 

ina3

 

Persaudaraan dalam Islam sememangnya sangat cantik kerana dibina atas keikhlasan kerana Allah, saling berkasih sayang, membantu di kala susah, setia menemani serta sehati dan sejiwa di atas jalan-Nya.

Meskipun fikrah berbeda, sifat dan sikap berlainan, namun mereka berukhuwah atas dasar satu matlamat yang sama. Semuanya kerana inginkan ridho Allah semata-mata. Dan satu impian murni yang ingin digapai. Dengan keredhaanNya kepada ukhuwah yang bersemi ingin sekali dibawa hubungan ini kekal abadi hingga ke SYURGA.

ina4

“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.”

~ Saidina Umar Al-Khattab~

Ukhuwah adalah satu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman kerana ia adalah satu hubungan yang mana tidak ada hubungan yang lebih kukuh daripadanya.

Ukhuwah berdasarkan keimanan adalah persaudaraan dan persahabatan yang sangat indah, murni, dan tulus. Ia akan memberikan banyak kesan dan mempengaruhi perjalanan kehidupan kita menuju Allah SWT.

Buktinya, sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan Allah akan memberikannya rezeki seorang teman karib yang soleh. Seandainya beliau lupa (temannya itu) akan memperingatkan dan apabila temannya itu memperingatkannya, beliau akan menolongnya”

semoga persahabatn kita sampai di surga, InsyaAllah :’)

 “ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya” (Imam Syafi”i)